Ni bukan aku.. |
Pernah tak terlintas difikiran kita tentang kebaikan adanya
jerawat? Selalunya kehadiran Cik J ni amat dibenci oleh kaum perempuan. Kalau
tak manakan pasaran Malaysia sekarang ni kebanyakannya semua tertumpu kearah
macam mana nak menghilangkannya. Berbagai produk dicipta. Ada yang diperbuat
dari herba, chemical, vitamin, supplement, perkhidmatan (SPA) dan sebagainya.
Beribu-ribu hinggit sanggup dibelanjakan asalkan kulit bebas dari Cik J.
Selalunya Cik J
akan timbul masa yang kita betul-betul tak inginkan contohnya masa sek. nak buat
reunion, wedding kawan, dinner pejabat dan yang paling tak boleh tahan makin
banyak time wedding sendiri…Ushh… mencabar sungguh.
Akan tetapi pernah tak kite terpikir kenapa Allah nak
jadikan Cik J ni timbul2 kat muke kite? Kalau dari segi saintifik aku taknak
bincangkan kerana aku bukan doctor. Bile dipikir2 secara logik dan bila
dibuat taddabbur kejadian beserta pengalaman sendiri (ehem2x... aku takde jerawat ye, adik aku ade) dan kawan2, Allah jadikan Cik J kerana:
- Mengelakkan riak dan takabbur (kalau kulit cantik mesti rase bangga kan?)
- Supaya aurat kite terjaga. KNP? Ada sesetengah orang bile ade jerawat baru nak pakai tudung sebab jerawat terlindung sikit ataupun pakai sopan2 sebab rasa diri tak lawa…
- Takde rase nak mengorat atau terperasan orang nak mengorat kite. So pandangan kite akan automatik terjaga dan direndahkan…
- Takde hati nak upload gambar perasan comel ala koya, jepun sume kat fb untuk tontonan lelaki ajnabi...
Dan macam-macam lagi….
Jadi bagi kaum HAWA diluar sana janganlah risau akan
kecantikan wajahmu kerana setiap insan yang Allah ciptakan itu cantik, terbaik
dan memang the BOMM. Tak salah nak menjaga kecantikan, tetapi pastikan kecantikan kita hanya untuk dinikmati oleh insan yang layak, yang tercinta dan segala YANGLAh yakni insan yang bergelar SUAMI.Malah kecantikan yang sebenar hanya lahir dari hati dan juga
tingkah laku kite.Renung-renungkan dan selamat beramal...
Mahu tips2
kecantikan yang sebenar mari tonton video dibawah.
betul tu..sebelum ni riak sgt kulit cantik,putih..allah balas balik..dpt jerawat kt dahi..
ReplyDelete