Makanan Halal di China (Ningbo)


        Sebagai muslim sememangnya wajib untuk kite mencari makanan yang halal untuk dimakan kerana makanan tersebut akan menjadi darah daging kite dan kekal di dalam diri kite. Sekirenya bahan makanan yang di makan tidak halal ataupun syubhah “tak yakin ke halalannye” make dia akan memberi kesan pada hati kite. Hati akan jadi gelap dan keras untuk berubah dan susah untuk menerima nasihat orang lain. Maka sudah tentu kite tidak mahu perkare tersebut terjadi. 

          Alhamdulillah aku telah diberi keizinan oleh Allah merantau ke negeri orang. Bukan negeri Sembilan ye…. Negara yang sempat ku kunjungi ialah UK, HOLAND, MESIR, SCOTLAND, dan CHINA.  Antara Negara-negare tersebut CHINA adalah negara yang agak susah di explore kerana jurang bahase. Kalau pandai cakap china tu lain lah kan. Mana taknye kebanyakan tempat di China menggunakan tulisan china. So… satu hape pun tak phm….

        Maka bermulalah pengembaraan seorang insan ini, dalam mencari sesuap makanan yang dijamin halal. Di China atau lebih specific lagi di Ningbo satu daerah di Zhejiang, makanan halal tidak susah untuk dijumpai. Berbagai produk halal dapat diperolehi di super market –super marketnya. Cume kene bijak mencari dan rajin meleniti. Antara pasaraya yang terdapat makanan halal ialah:

METRO – biskut, ayam, daging, fast food (nugget,burger) dll
TESCO – biskut, butter, air kotak, yogurt, dll
WANDA – kicap, butter, air kotak, daging, dll

Logo halal di china:





Logo halal lain yang boleh dirujuk: (kerana product juga di import dari Negara lain)
 

Restoran halal
antara restoran halal yang sempat dikunjungi

Terdapat lebih dari 5 restoran halal di Ningbo. Bagaimana untuk mengenalpasti kehalalannya? Semua restoran ini mempunyai design restoran yang sama yakni berwarna HIJAU dan perkataan halal tertera pada signboard restoran. Anda perlu bijak memilih restoran mana untuk dikunjungi kerana tahap kebersihan dan kesedapan makanannya berbeza. Akan tetapi menu yang disajikan adalah same. 

            Jangan khuatir sekirenye anda tidak tahu membaca menu tersebut disebabkan ianya bertulisan cina kerana menu tersebut datangnya bersama gambar. Dinasihatkan anda mind prepaired apabila makanan yang di order tidak same seperti di dalam gambar… hehe… mari lihat menu2 tersebut dibawah:




Untuk ke lokasi restoran halal: (tambang bus hanya 2 yuan 1 trip)


  • Bus 363  
  • Bus 367
  • Bus 369


 
Hanya perlu menaiki bus tersebut dan anda akan dapati restoran – restoran ini berada di sepanjang jalan. Cume anda perlu peka. (Nak bagi direction tak reti sebab tulisan cina… maaf ye)

Sekirenya anda malas untuk berusaha mencari restoran-restoran ini maka jangan risau kerana anda tidak akan mati kebuluran. Terdapat banyak lagi option makanan lain seperti 

  • ubi keledek dan jagung bakar, buah berangan (memang sedap): boleh dijumpai ditepi2 jalan, penjaja selalunya berbasikal ataupun menaiki e-motorbike.
  • Buah-buahan: boleh dibeli di mana-mana pasaraya/pasar basah.
  • Roti/biskut/jajan/kek/ apa saja product yang boleh dibaca isikandungannya untuk memastikan tiada bahan terlarang seperti pork, alcohol, dan non halal.


Maka tiada alasan untuk kite mengatakan kite dlm keadaan darurat dan membantai semua makanan. Sememangnya makanan di China kelihatan sedap2 belaka. Tapi ingat, disinilah Allah mahu menguji sejauh mane iman kite melawan nafsu dan mengamalkan ajarannya.
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment